Tuesday, May 26, 2009

TONIK RAMBUT MINYAK KELAPA DARA

TONIK RAMBUT HUGO UTK WANITA



Diperkaya dengan minyak kelapa dara bagi membantu memelihara kesegaran kulit kepala serta menjadikan rambut subur, sihat, lebat dan bersinar.

KANDUNGAN:

Mineral oil, VCO, Fragrance, Green Cos



KELEBIHAN TONIK RAMBUT KELAPA DARA BIO-ASLI


  • Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala.

  • Menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan seterusnya menghalang kulat kelemumur dari membiak serta rambut menjadi subur dan bertambah hitam.

  • Menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami ke keringan.

  • Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya.

  • Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari.

  • Menyuburkan kulit kepala dan rambut dari gugur.

  • Memberi keharuman aroma Polo (utk lelaki) dan aroma Hugo (utk wanita)


TONIK RAMBUT POLO UTK LELAKI

CADANGAN - TEKNIK RAWATAN RAMBUT GUGUR & BERKELEMUMUR


1) Semasa mandi petang, syampu rambut secara rata dari permukaan rambut sehingga ke kulit kepala. Kemudian, urut permukaan rambut sehingga ke kulit kepala secara perlahan-lahan dengan menggunakan sikat rambut (sikat bergigi bulat @tumpul, beruskan dengan lembut). Gosokan dengan menggunakan jari secara kasar akan menyebabkan rambut gugur dan rosak. Cuci rambut dan bilas sehingga bersih dengan memastikan tiada buih-buih syampu yang tertinggal pada kulit kepala


2) Kemudian lap rambut yang basah dengan menggunakan tuala bersih secara lembut (jangan beri tekanan atau gosokan yang kuat kepada rambut dan kulit kepala untuk mengelakkan rambut tercabut @ gugur). Selepas lap, biarkan rambut kering dengan sendirinya.


3) Setelah rambut kering, sapukan Minyak Kelapa Dara (Asli) Bio-Asli di kulit kepala secara rata (sebaiknya jam 9.00 malam). Kemudian, biarkan MKD meresap ke dalam kulit kepala dalam jangka masa 2 jam. Proses resapan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala. Jika berasa gatal, jangan garu kulit kepala dengan jari, sebaik-baiknya gunakan sikat yang matanya lembut (bersifat berus yang lembut) untuk mengurut kulit kepala dan mengelakkan rambut dari gugur.

4) Semasa mandi pagi, rambut boleh dibasahkan dan dicuci tetapi jangan gunakan syampu rambut atau sebarang bahan pencuci yang boleh menyebabkan kekeringan pada kulit kepala (pilih syampu yang sesuai). Selepas mandi, lap rambut yang basah menggunakan tuala bersih dengan lembut. Biasanya, permukaan kulit kepala akan berasa gatal selepas mandi. Bagi mengatasinya, urut kulit kepala menggunakan sikat yang telah dicadangkan secara perlahan-lahan. Biasanya, rasa gatal pada kulit kepala akan hilang dalam masa 1 hari.
5. Gunakan Tonik Rambut Bio-Asli. Sapukan tonik secara rata sehingga ke kulit kepala bagi memastikan kulit kepala dan rambut sentiasa lembap dan subur, seterusnya dapat melindungi permukaan rambut dari sinaran ultra-ungu (UV).

6. Ulangi langkah 1-6 sehingga masalah kelemumur, rambut rosak dan rambut gugur dapat diatasi. Sebaik-baiknya, ulangi langkah di atas sehingga 2-3 minggu.
Cadangan : Teruskan penggunaan Tonik Rambut Bio-Asli sebagai amalan pemakaian harian bagi memastikan rambut sentiasa sihat dan subur.

PENGAKUAN PENGASAS DESAKU TRADING



Kelemumur pada kulit kepala dan rambut sangat merimaskan, gatal dan berbau tidak menyenangkan. Lebih malang lagi kelemumur akan mengakibtkan rambut kita kurang sihat dan sekiranya berterusan ianya akan menjejaskan kesuburan akar rambut. Akibatnya rambut kita akan menjadi kurus dan akhirnya gugur dan kesudahannya menjadi botak. Inilah yang berlaku kepada diri saya sendiri. Disebabkan masalah inilah saya berusaha mencari penawarnya, sehingalah saya bertemu seorang rakan di majlis rewang kenduri yang botak licin satu ketika dahulu tetapi sekarang tumbuh terpacak sedikit. Dia memberi tahu saya supaya mengunakan minyak kelapa yang beliau pakai. Pada ketika itu kami tidak mengetahui yang itu ialah minyak kelapa dara sehinggalah saya menghadari hari terbuka di Mardi. Bila saya melihat Minyak Kelapa Dara keluaran Mardi dan bertanyakan spesifikasi barulah saya tahu minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara.
Bermula dari saat itu saya terus mengkaji dan belajar menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang lebih berkualiti yang sekarang ini saya namakan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli. Memang benar ia sangat mujarab untuk masalah kelemumur dan keguguran rambut di sebabkan kandungan lauric acid , capric acid dan berbagai lagi jenis fatty acid yang bertindak membunuh kulat kelemumur dan meresap jauh ke dalam kulit kepala untuk merawat sel-sel yang rosak. Alhamdulilah hasilnya sangat memuaskan dan kini ianya menjadi minyak rambut, muka dan minuman saya setiap hari.


0 comments:

Post a Comment