Tuesday, May 26, 2009

KOPI KELAPA DARA



Kopi Kelapa Dara adalah minuman berkhasiat yang dirumus khas dengan gabungan beberapa herba hebat yang kaya dengan khasiat dan tenaga. Ianya membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan stamina. Dengan rasa hebat aroma kopi Arabica, tanpa kesan sampingan kopi biasa, pastinya akan menceriakan hidup anda.

RAMUAN :
Kopi segera, krimer kelapa, gula, coffee flavour powder, Horny Goat Weed, Tribulus Terrestris, Saw Palmetto, American Ginseng, Ginkgo Biloba.

Berat bersih :
10g / peket

Kandungan :
8 peket / kotak

Harga : RM40

Cara Penggunaan :
Dicairkan menggunakan air panas di dalam cawan, 1 peket untuk sehari.
Sesuai untuk minuman lelaki dan wanita (DEWASA).





KELEBIHAN KOPI KELAPA DARA BIO-ASLI



  • Produk Kopi Kelapa Dara Bio-Asli adalah gabungan herba terpilih utama dari seluruh dunia dan ianya diformulasikan saintifik.




  • Merupakan gabungan pelbagai herba utama yang tumbuh di banyak tempat di seluruh dunia iaitu di Eropah, China, India, Amerika, Australia, Timur Tengah, Afrika dan Asia.




  • Kajian dan penyelidikan oleh para saintis di seluruh dunia telah mengakui bahawa pengekstrakan kesemua herba tersebut adalah terbukti hebat secara saintifik dan sangat berkesan digunakan untuk pelbagai masalah kesihatan termasuk untuk penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes, darah tinggi, Alzheimer, dan pelbagai masalah berkaitan sistem seksual lelaki dan wanita.



Bagi memastikan kualiti produk Kopi Kelapa Dara Bio-Asli adalah hebat dan betul-betul power, proses pembuatan dan adunan telah dibuat di kilang yang bertaraf GMP.
Berdasarkan kajian dan testimoni yang telah dijalankan terhadap 15 orang selama sebulan, maklum balas yang diterima adalah positif dan berkesan untuk pelbagai masalah kesihatan. Berikut merupakan sebahagian testimoni yang diterima dari orang ramai :

En. Sariman - Darah Tinggi
Kesan rawatan awal :Hari pertama terasa sakit di bahagian betis (kesan yang dialami akibat proses peredaran darah yang tidak lancar di kawasan tersebut). Herba memperbaiki proses peredaran darah dan membesarkan arteri bagi memudahkan pengaliran darah ke seluruh badan. Masalah kesihatan yang mungkin dihadapi : Masalah peredaran darah. Hari berikutnya setelah mengambil kopi kelapa dara kesan sampingan yang dialami semakin berkurangan dan tahap kesihatan serta tenaga dalaman meningkat luar biasa.



En.Ishak - Darah Tinggi



Kesan rawatan awal :

Kepala rasa berdengung, sakit pada kawasan urat pinggul dan betis tidak boleh diangkat. Pemeriksaan darah tinggi, menurun iaitu 116/74 (saluran darah mengembang menyebabkan aliran darah lebih lancar). Mengalami cirit-birit pada waktu pagi. Bagaimanapun, selepas makan secara berterusan sebanyak 4 peket, rasa lebih bertenaga dan tiada lagi rasa sakit pada kawasan pinggul dan betis seperti yang dialami sebelum ini. Beliau berpendapat Kopi Kelapa Dara ini betul-betul Power.


Nota : Pengguna produk Kopi Kelapa Dara Bio-Asli harus bersabar dengan ketidakselesaan yang mungkin dialami semasa proses penyembuhan iaitu dalam jangka masa seminggu. Selepas kesan rawatan awal (proses penyembuhan) yang dialami, pengguna akan berasa lebih sihat dan bertenaga. Walaubagaimanapun, jika kesan yang dialami berpanjangan, pengguna dinasihatkan berhenti dahulu mengambil produk ini dan dapatkan nasihat doktor. Bagi sesetengahpengguna mungkin tidak mengalami simptom-simptom kesan rawatan awal (penyembuhan), bahkan berasa lebih sihat dan bertenaga.

PENGGUNAAN YANG DICADANGKAN
Bagi mereka yang sihat

Cara penggunaan:

Disarankan meminumnya 1 kali sehari atau hari ketika hendak bersama pasangan sahaja.
Sebaiknya isteri juga minum 1 bancuhan Kopi Kelapa Dara pada hari hendak bersama. InsyAllah anda dan pasangan akan lebih bersemangat.


Kencing Manis
Tempoh Pembersihan :

Sebelum mula mengambil produk ini, periksa tahap kencing manis.
1 peket kopi untuk 1 hari selama 1 bulan, selepas makan.

Jika tahap kencing manis tinggi, makan 2 peket untuk setiap hari. Makan selama 3 bulan. Periksa semula tahap kencing manis.

Tempoh Penjagaan :
1 peket selang sehari.
Jika tahap kencing manis tinggi, makan 3-4 kali seminggu.

Mati Pucuk, Ejakulasi Pra-Matang, Masalah Prostat & Genito-Urinari, Masalah Seks Wanita, Mati Haid
Tempoh Pembersihan :
1 peket setiap hari , sebelum makan selama 1-3 bulan

Tempoh Penjagaan :
1 peket selang sehari.
Minum lebih banyak air.


Lumpuh

Tempoh Pembersihan : 1 peket setiap hari selama 1-3 bulan.
Tempoh Penjagaan : 1 peket selang sehari.
Minum lebih banyak air.

Mandul

Tempoh Pembersihan :1 peket setiap hari, selama 1-3 bulan. Untuk suami & isteri.
Tempoh Penjagaan : 1 peket bila perlu


Tekanan Darah Tinggi
Tempoh Pembersihan :
Sebelum mula, periksa tahap tekanan darah.
1 peket setiap hari selepas makan selama 3 bulan.
Periksa tahap tekanan darah jika perlu.

Tempoh Penjagaan :
1 peket selang sehari.. Minum lebih banyak air.

KESAN RAWATAN AWAL (PENYEMBUHAN)
Biasanya selepas mengambil Kopi Kelapa Dara, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang tidak selesa atau lebih teruk dari sebelumnya. Jika ini adalah apa yang anda alami, jangan bimbang kerana keadaan ini dipanggil kesan rawatan awal. Teruskan mengambil kopi ini. Secara umumnya, selepas beberapa hari, ketidakselesaan ini akan berkurangan setiap hari. Anda akan lebih bertenaga dan keadaan anda akan menjadi lebih baik selepas itu. Walau bagaimanapun, jika masalah ini berlarutan untuk satu jangka masa yang panjang, anda dinasihatkan agar berhenti dahulu mengambil herba ini dan dapatkan nasihat doktor.

Kesan rawatan awal ini terjadi akibat proses penyingkiran toksin yang terkumpul bertahun-tahun dalam badan. Kini toksin menjadi bebas daripada tempat simpanannya dan memberi kesan kepada tubuh dalam daya yang menyeluruh. Apabila proses penyingkiran telah berjaya disempurnakan, kesihatan badan anda akan bertambah baik. Dalam pada itu, anda perlu minum lebih banyak air untuk membantu proses pembersihan dalam badan. Kesan rawatan awal ini dikenalpasti dalam semua sistem penyembuhan semulajadi. Dalam perubatan tradisional cina, ianya dikenali sebagai hukum pemulihan (law of cure).

*****************************************************************

SABUN MINYAK KELAPA DARA

(RM25)






Kandungan :
Minyak Kelapa Dara, Natrium Hidroksida, Natrium Karbonat, Natrium Klorida
Gliserin, Parfum, Asid Stearik, Butil Hidroksi Toluena



Cara penggunaan :
Gunakan sabun ketika mandi

TAHUKAH ANDA?

Sabun yang banyak di pasaran yang disebut sebagai sabun, sebenarnya adalah detergent, iaitu bahan asli yang di pakai adalah Sodium Lauryl Sulfate ( SLS), Sodium Laureth Sulfate (SLES) merupakan bahan asas pembuatan detergent , SLS berfungsi sebagai surfactant ( surface active agent) atau agen pembersih. Kerana bersifat pembersih, maka lemak - lemak yang berfungsi untuk melindungi kulit juga ikut larut, sehingga kulit menjadi kering dan akan mengakibatkan iritasi.

Sabun mandi komersial pada umumnya mengandungi banyak bahan-bahan kimia seperti kandungan petroleum, synthetic chemical, dan petrochemical (chemicals harmful) yang dapat merosakkan kulit.
FAKTA TENTANG SABUN KELAPA DARA
Kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam Sabun Kelapa Dara adalah ramuan asli khazanah alam yang diperkaya dengan minyak kelapa dara bagi membantu memelihara kesegaran badan serta menjadikan kulit lebih licin, halus serta bersih secara semulajadi. Setiap kandungan bahan-bahan mempunyai fungsi seperti:

Asam Stearat / Stearic Acid

Dipakai untuk membuat sabun natural (optional) dan sabun transparan, fungsinya adalah untuk mengeraskan sabun dan menstabilkan busa.


NaOH (Natrium Hydroxide)

Disebut juga kaustik soda atau soda api, merupakan bahan kimia yang harus ada dalam pembuatan sabun. Merupakan senyawa alkali yang bersifat basa dan mampu menetralisir asam.


Glycerin

Adalah produk samping dari reaksi hidrolisis antara minyak nabati dengan air untuk menghasilkan asam lemak. Glycerin merupakan humektan sehingga dapat berfungsi sebagai pelembap pada kulit. Glycerin berbentuk cairan jernih, tidak berbau dan memiliki rasa manis.


KELEBIHAN SABUN KELAPA DARA


Sabun Kelapa Dara adalah sabun mandi alami/ herbal yang diperbuat dari bahan-bahan alami dan dilengkapi dengan Minyak Kelapa Dara dan bahan-bahan yang kaya dengan Vitamin A, E yang berfungsi melambatkan proses penuaan kulit, melindungi kerosakan kulit dan menjaga kulit agar awet muda sehingga lembut dan halus. Selain khasiat minyak kelapa dara yang kaya dengan vitamin anti oksidan, bahan-bahan lain yang terkandung dalam Sabun Kelapa Dara juga berfungsi menghilangkan kedut di wajah dan juga penyakit kulit yang berfungsi sebagai antibodi.

TONIK RAMBUT MINYAK KELAPA DARA

TONIK RAMBUT HUGO UTK WANITA



Diperkaya dengan minyak kelapa dara bagi membantu memelihara kesegaran kulit kepala serta menjadikan rambut subur, sihat, lebat dan bersinar.

KANDUNGAN:

Mineral oil, VCO, Fragrance, Green Cos



KELEBIHAN TONIK RAMBUT KELAPA DARA BIO-ASLI


  • Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala.

  • Menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan seterusnya menghalang kulat kelemumur dari membiak serta rambut menjadi subur dan bertambah hitam.

  • Menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami ke keringan.

  • Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya.

  • Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari.

  • Menyuburkan kulit kepala dan rambut dari gugur.

  • Memberi keharuman aroma Polo (utk lelaki) dan aroma Hugo (utk wanita)


TONIK RAMBUT POLO UTK LELAKI

CADANGAN - TEKNIK RAWATAN RAMBUT GUGUR & BERKELEMUMUR


1) Semasa mandi petang, syampu rambut secara rata dari permukaan rambut sehingga ke kulit kepala. Kemudian, urut permukaan rambut sehingga ke kulit kepala secara perlahan-lahan dengan menggunakan sikat rambut (sikat bergigi bulat @tumpul, beruskan dengan lembut). Gosokan dengan menggunakan jari secara kasar akan menyebabkan rambut gugur dan rosak. Cuci rambut dan bilas sehingga bersih dengan memastikan tiada buih-buih syampu yang tertinggal pada kulit kepala


2) Kemudian lap rambut yang basah dengan menggunakan tuala bersih secara lembut (jangan beri tekanan atau gosokan yang kuat kepada rambut dan kulit kepala untuk mengelakkan rambut tercabut @ gugur). Selepas lap, biarkan rambut kering dengan sendirinya.


3) Setelah rambut kering, sapukan Minyak Kelapa Dara (Asli) Bio-Asli di kulit kepala secara rata (sebaiknya jam 9.00 malam). Kemudian, biarkan MKD meresap ke dalam kulit kepala dalam jangka masa 2 jam. Proses resapan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala. Jika berasa gatal, jangan garu kulit kepala dengan jari, sebaik-baiknya gunakan sikat yang matanya lembut (bersifat berus yang lembut) untuk mengurut kulit kepala dan mengelakkan rambut dari gugur.

4) Semasa mandi pagi, rambut boleh dibasahkan dan dicuci tetapi jangan gunakan syampu rambut atau sebarang bahan pencuci yang boleh menyebabkan kekeringan pada kulit kepala (pilih syampu yang sesuai). Selepas mandi, lap rambut yang basah menggunakan tuala bersih dengan lembut. Biasanya, permukaan kulit kepala akan berasa gatal selepas mandi. Bagi mengatasinya, urut kulit kepala menggunakan sikat yang telah dicadangkan secara perlahan-lahan. Biasanya, rasa gatal pada kulit kepala akan hilang dalam masa 1 hari.
5. Gunakan Tonik Rambut Bio-Asli. Sapukan tonik secara rata sehingga ke kulit kepala bagi memastikan kulit kepala dan rambut sentiasa lembap dan subur, seterusnya dapat melindungi permukaan rambut dari sinaran ultra-ungu (UV).

6. Ulangi langkah 1-6 sehingga masalah kelemumur, rambut rosak dan rambut gugur dapat diatasi. Sebaik-baiknya, ulangi langkah di atas sehingga 2-3 minggu.
Cadangan : Teruskan penggunaan Tonik Rambut Bio-Asli sebagai amalan pemakaian harian bagi memastikan rambut sentiasa sihat dan subur.

PENGAKUAN PENGASAS DESAKU TRADING



Kelemumur pada kulit kepala dan rambut sangat merimaskan, gatal dan berbau tidak menyenangkan. Lebih malang lagi kelemumur akan mengakibtkan rambut kita kurang sihat dan sekiranya berterusan ianya akan menjejaskan kesuburan akar rambut. Akibatnya rambut kita akan menjadi kurus dan akhirnya gugur dan kesudahannya menjadi botak. Inilah yang berlaku kepada diri saya sendiri. Disebabkan masalah inilah saya berusaha mencari penawarnya, sehingalah saya bertemu seorang rakan di majlis rewang kenduri yang botak licin satu ketika dahulu tetapi sekarang tumbuh terpacak sedikit. Dia memberi tahu saya supaya mengunakan minyak kelapa yang beliau pakai. Pada ketika itu kami tidak mengetahui yang itu ialah minyak kelapa dara sehinggalah saya menghadari hari terbuka di Mardi. Bila saya melihat Minyak Kelapa Dara keluaran Mardi dan bertanyakan spesifikasi barulah saya tahu minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara.
Bermula dari saat itu saya terus mengkaji dan belajar menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang lebih berkualiti yang sekarang ini saya namakan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli. Memang benar ia sangat mujarab untuk masalah kelemumur dan keguguran rambut di sebabkan kandungan lauric acid , capric acid dan berbagai lagi jenis fatty acid yang bertindak membunuh kulat kelemumur dan meresap jauh ke dalam kulit kepala untuk merawat sel-sel yang rosak. Alhamdulilah hasilnya sangat memuaskan dan kini ianya menjadi minyak rambut, muka dan minuman saya setiap hari.